KOMENTAR

 

LUNAS TIGA PENJURU

Wakil Komentar di Lunas sudah memaklumkan bahawa pertandingan siapa wakil Lunas di wakil oleh MIC dari BArisan Nasional, keADILan mewakili Barisan Alternatif dan seorang calon bebas.

Penamaan calon telah di laksanakan di Pejabat Daerah Kulim dan tempat berkumpul BA adalah di Pejabat Pemetaan Kulim.

Jam 9.30 am tadi Datin Presiden Wan Azizah hadir bersama YB Ustad Fahdil Noor.

Di luar dewan pendokong reformasi yang hampir 20,000 orang melaungkan "REFORMASI" di pimpin oleh Dr Hatta Ramli dari PAS dan Lokman Noor Adam keADILan.

Anggaran pukul 1.15 setelah temph bangkangan selesai SPR mengumumkan pertanding 3 penjuru bagi merebut kerusi Lunas.

Menurut wakil kami suara BN terus tenggelam.

Semoga kejayaan kita di Lunas dapat menyemarakkan perjuangan REFORMASI.

 

Wakil Komentar di LUNAS