PILIHARAYA LUNAS

LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ

PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEJUANG DAN TAHANAN POLITIK REFORMASI YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN
NASUTION DI LUNAS.

PESANAN DAN TIPS UNTUK PETUGAS PADA 29HB.NOV.2000

Mengikut analisa pihak PSARAFHQ dan teman-teman yang berada di LUNAS dalam
tempoh hampir 2 minggu ini…mood rakyat kepada BARISAN ALTERNATIF adalah ditahap
maksima….dan peluang Sdr. Saifuddin mencipta sejarah di Kedah amatlah cerah ….
Namun begitu sehingga hari ini dilaporkan lebih 2000 nama pengundi yang mengundi
pada 29HB.NOV.1999 yang lalu telah hilang di LUNAS …. Dan mengikut unit risik
kami…mereka ini adalah penyokong kuat BARISAN ALTERNATIF…ini adalah satu taktik
kotor yang dilakukan oleh pihak UMNO@BN serta juak-juaknya disaat akhir…dan
pengundi hantu telah mula tiba sejak semalam untuk mengantikan tugas 2000 orang
pengundi asal di LUNAS.

Berikut beberapa pesanan dan tips yang perlu diambil kira oleh semua PETUGAS
HARI MENGUNDI :-

1.	Sila pastikan Agen Mengundi dan Agen Mengira Undi adalah orang yang telah
dilatih untuk berhadapan dengan kerenah dan penipuan UMNO@BN.

a.	Kedua-dua agen ini mistilah tegas dengan sebarang kepincang sewaktu
mengundi…jika ada perkara yang menyalahi peraturan….sila buat bantahan dengan
tegas kepada SPR…jangan diberi peluang kepada UMNO@BN untuk menipu diwaktu
mengundi dan pengiraan undi…sila pastikan anda sentiasa bersedia.

b.	Sila pastikan segala catitan dan dokumen mengenai senarai kertas undi serta
jumlah pengundi yang hadir mengikut saluran dan jumlah yang
sebenarnya…komunikasi antara Agen Mengira Undi dan Agen Mengundi amatlah
penting…kerana sebarang kelemahan dalam fakta dibilik mengundi akan memberi
peluang kepada pihak UMNO@BN untuk menipu…kerana dijangkakan pegawai SPR yang
dilantik adalah dari kalangan kroni mereka., ini akan memudahkan tugas penipuan
mereka.

c.	Apabila telah selesai mengundi…sila pastikan jumlah kertas undi yang
dikeluarkan pada awal pengundian bersesuaian jumlahnya dengan jumlah pengundi
sewaktu pusat pengundian ditutup. Agen Mengira Undi misti tegas dalam isu
ini….kerana ini adalah salah satu cara pihak UMNO@BN untuk menipu….pertamanya
jika dipeti undi ini ada pengundi hantu dan peti undi tersebut dijangkakan
UMNO@BN akan kalah.

d.	Apabila pusat mengundi telah ditutup….sila pastikan peti-peti undi berada
dalam keadaan mengikut peraturan SPR dan selamat….tugasan ini amat penting…jika
kelalaian berlaku…diwaktu ini pihak UMNO@BN akan melakukan proses penukaran peti
undi…kerana biasanya mereka telah bersedia dengan peti undi yang sama jumlah
kertas undi dengan yang asal…tetapi semuanya telah memangkah BARISAN
NASIONAL…ini adalah salah satu cara yang telah dilakukan oleh UMNO@BN terhadap
mana-mana kawasan pengundian yang pasti ia menerima kekalahan…sedangkan ia wajib
menang dikawasan tersebut…ini adalah amat penting kepada Agen Mengira
Undi….sebarang kelalaian akan menyebabkan Sdr. Saifuddin gagal di LUNAS.

e.	Apabila telah selesai proses pengiraan undi…sila catitkan butir-butir
mengenai pengiraan undi tersebut…kalau boleh sila pastikan semua borang dan
dokumen SPR telah ditandatangani oleh  ketiga-tiga pihak…yakni Pegawai SPR, Agen
BA, Agen BN…jika tertinggal satu tanda tangan anggaplah dokumen itu tidak sah
dan buat bantahan kepada SPR serta buat laporan POLIS.

f.	Diwaktu penghantara peti undi kepusat pengumpulan undi….pegawai keselamatan
peti undi BA perlu menjalankan tugas disini…..sila monitor kemana sehaja peti
undi ini dibawa..sila iringi peti undi ini dengan mengunakan petugas bermotor
dan berkereta….kerana biasanya diantara perjalanan dari pusat mengundi dan
pengumpulan undi inilah pihak UMNO@BN akan melakukan pertukaran peti undi jika
mereka gagal melakukan dipusat mengundi tadi.

g.	Pasukan bermotor BA akan lebih memudahkan pergerakkan memonitor peti undi
yang dibawa…kerana biasanya SPR dan UMNO@BN akan mengunakan jalan yang tidak
munasabah jika mereka memang berniat untuk melakukan penipuan…..dan pasukan
bermotor inilah yang bertanggung-jawap..sila pastikan setiap tindakkan UMNO@BN
dan SPR dirakam kedalam VIDEO KEMERA atau FOTO.

h.	Apabila peti undi telah sampai ketempat pengumpulan undi…sila pastikan setiap
Agen Mengira Undi di pusat mengundi tadi akan sentiasa berada berhampiran peti
undi dan memastikan peti undi yang dibawa dari pesat mengundi sama dengan yang
ada dipusat pengumpulan undi…jika berlaku pertukaran peti undi sila buat
bantahan dengan tegas kepada SPR dan hantar wakil buat laporan polis dengan
segera.

i.	Akhirnya sila pastikan dokumen dan fakta jumlah undi sama dengan jumlah
sewaktu dipusat mengundi tadi…jika berlaku percanggahan sila buat bantahan tegas
kepada SPR dan buat laporan polis dalam isu ini.

j.	Sila dapatkan latihan lengkap mengenai Agen Mengundi dan Agen Mengira Undi
dibilik gerakan BA di LUNAS untuk memastikan semua petugas benar-benar
bersedia…yang terbaiknya adalah penduduk asal peti undi tersebut…kerana ini akan
memudahkan untuk mengesan pengundi hantu.

2.	Sila pastikan petugas di rumah panas terdiri sekurang-kurangnya 5 orang
penduduk asal peti undi tersebut…dan tugas mereka adalah memonitor pengundi yang
pergi kerumah panas BARISAN NASIONAL dan yang masuk ketempat mengundi…jika
berlaku perkara yang mencurigakan sila terus kesaluran dimana pengundi
mencurigakan berbaris…dan sila beri isyarat kepada Agen Mengundi BA untuk
silidiki kad pengenalan pengundi ini…jika berlaku penipuan sila buat bantahan
tegas dan mohon saluran tersebut ditutup sehingga masalah ini selesai.
3.	Disetiap rumah panas yang terbaiknya menyediakan sekurang-kurang 1 buah
komputer dan kelengkapanya untuk memudahkan urusan menyemak pengundi…sila
dapatkan dokumen yang terbaharu….biasanya SPR akan bagi yang lama..agar pihak
Barisan Alternatif menghadapi masalah disini…dan akan memudahkan pengundi hantu
menyusup masuk.

4.	Setiap petugas rumah panas adalah orang benar-benar bersedia…kerana disini
rayuan peringkat terakhir dilakukan….mana-mana petugas yang lemah semangat dan
tidak tahan dengan serangan psikologi puak-puak UMNO@BN dan juak-juak adalah
dinasihatkan menjadi petugas menyemak daftar pemilih sehaja….!!! Yang kita
perlukan orang yang nak merayu undi dan mempelawa pengundi menyemak di rumah
panas BA adalah mereka yang tahan dengan tekanan pihak BARISAN NASIONAL…..!!!
jika boleh iringilah pengundi ini sehingga kehadapan pintu atau kawasan yang
tidak dibenarkan perayu memasuki…kita misti cekap mengiringi pengundi ini sama
ada dari rumah panas BA atau BN….inilah saat terakhir kita memberikan rayuan dan
menukar minda pengundi agar menyokong BA…sila dapatkan isu penting sebagai
senjata terakhir ini dari ketua rumah panas anda.

5.	Kepada yang akan mengambil dan menghantar pengundi…waktu didalam kenderaan
kita memainkan peranan penting merayu undi dan pastikan pengundi ini turun
dirumah panas BA…???? Pemilik kenderaan ini wajib mengetahui jalan-jalan yang
akan dilaluinya….ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses mengambil
pengundi….kerena lebih banyak kita mampu ambil dan bawa kerumah panas BA…lebih
cerah peluang kita memenangi peti undi tersebut.

6.	Hiasan dan imej petugas….yang utamanya imej petugas dalam semua bidang…sila
gunakan T'Shirt KeADILan yang menonjolkan logo yang besar, atau cap atau
mengunakan bendera KeADILan untuk menutupi badan….mengikut maklumat terkini 
pihak UMNO@BN kini cuba menipu pengundi yang kurang matang tetapi mahu memilih
BA dengan logo BARISAN NASIONAL…. " Siapa Nak Sokong Melayu Pangkah Lah Dacing
(BN)…kerana Saifuddin adalah orang Dacing… Calon MIC adalah orang mata" dan
begitu juga gambar Sdr. Saifuddin dalam UMNO@BN dahulu telah diedarkan untuk
menunjukkan Saifuddin adalah calon Barisan Nasional. Sehingga hari ini gambar
calon MIC@BN amat ketara tiada dipasang dikawasan MELAYU…hanya gambar
Mahathir@Mahafiraun dan Syed Razak sehaja yang ditonjolkan.

7.	Sila pastikan rumah panas dihiasi dengan sebanyak mungkin logo KeADILan
kerana adalah perang psikologi terhadap pengundi dan petugas UMNO@BN …. Dan jika
pengundi dikawasan India atau Cina sila dapatkan petugas dari kaum India dan
Cina yang lebih disini, yang pastinya masakah komunikasi akan timbul apabila
orang Melayu merayu pengundi ini…jadi yang mana-mana petugas India dan Cina dari
kawasan berhampiran amatlah ditagihkan tenaga mereka.

8.	Sila pastikan rumah panas BA dipenuhi dengan petugas yang berimejkan
KeADILan…walaupun mereka dari PAS/DAP/PRM…sila pastikan semua petugas mengunakan
pakaian atau apa sehaja asalkan ia berlogokan KeADILan… cuba elakkan menonjolkan
logo yang lain selain logo KeADILan…kerana pengalaman yang lalu telah
menunjukkan pengundi meras tidak selesa dengan berbagai logo ini…dan UMNO@BN
selalunya akan menunjukkan contoh logo yang salah kepada pengundi BA….dan jika
tiada dalam kertas undi mereka kata sila pangkah DACING (BN) kerana dacing akan
menimbang keputusan yang adil.

9.	Lebih ramai petugas dirumah panas ini akan memeriahkan suasana dan memberikan
tekanan psikologi kepada petugas UMNO@BN …begitu juga pengundi akan cepat
dilayan oleh pihak BA jika kita mempunyai lebihan petugas…cadangan kami
sekurang-kurannya 100 orang setiap peti undi…kalau dapat lebih adalah yang
terbaik …lebih ramai lebih mengerunkan UMNO@BN untuk melakukan provokasi.

10.	Akhirnya disiplin dan komitmen yang mantap petugas pada 29hb.Nov.2000 pasti
akan memberi kelebihan kepada Sdr. Saifuddin Nasution Ismail….kini amanah dan
tanggung-jawap ini dipikul oleh semua petugas…sebarabg kelemahan dan kelalaian
akan menyebabkan BARISAN ALTERNATIF gaga sekali lagi, jadi jalankan lah amanah
dan harapan 23 juta rakyat dan bangsa Malaysia agar BARISAN ALTERNATIF menang di
LUNAS dan majoriti 2/3 BN di Kedah dapat dinafikan.

PSARAFHQ (26/11/2000) - KHAS UNTUK PETUGAS 29hb.Nov.2000
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL