Assalamualaikum,
     Isu semasa negara sekarang tertumpu kepada kes
rampasan senjata Al-Maunah. Semua pihak cuba memberi
komen dan pandangan masing-masing.
     Bagi kami, reformist muda, isu ini memang berat
dan perlu kita tangani bersama. Tetapi, sedarkah kita,
masih ada lagi isu yang lebih berat dari ini. Isu
perjuangan reformist sekalian masih belum berakhit.
Isu kita terhadap kecurangan pentadbiran negara mash
belum selesai. Isu melemahkan perjuangan kita untuk
menegakkan keadilan masih belum selesai.
     Reformasi kita mesti diteruskan. Agenda mendekati
rakyat dengan menyebarkan maklumat kekejaman
pemerintah harus diteruskan. Syabas buat panglima
reformist yang mengadakan aktiviti di Bangsar, Subang
Jaya, Seberang Jaya dan di tempat-tempat lain.
Teruskan perjuangan yang sebegini. Semangat sebegini
yang kami mahu.
      Kami lihat, reformist yang muram dulu sudah
kembali ceria. Pelekat-pelekat kereta lambang PAS &
Keadilan sudah ditukar baru dan makin banyak ditampal
di kereta-kereta. Dalam perjalanan saya dari Plazza
Tol Tangkak ke Bandar Muar, saya dapati banyak rumah
yang sudah menukar bendera PAS atau Keadilan yang
lusuh kepada bendera-bendera yang baru. Ini
menunjukkan semangat reformasi kembali meruap dan yang
pasti, walau apa dugaan dan rintangan yang dihadapi,
semangat reformasi ini memang tidak akan luntur.
Percayalah, semangat ini akan kekal sehingga 2004.
Makin hampir tarikh keramat 2004, makin bersemangatlah
semangat juang kami reformist muda dan makin kuat
sokongan padu oleh rakyat Malaysia terhadap penegakkan
Barisan Alternative.
      2 minggu lepas, saya sempat berborak dengan
seorang Setiausaha UMNO Bahagian. Terus-terang saya
katakan, dari ucapannya, UMNO begitu gusar dengan
Barisan Alternative ini terutama selepas melihat
sokongan yang didapati di Teluk Kemang. UMNO akui,
mereka makin lemah dan sokongan BN hanya datang dari
MCA dan MIC. Majoriti masyarakat Melayu, walaupun
tidak terlibat secara terus dengan BA, tetapi bila
sampai ke tempat mengundi, pasti BA yang dipilih.
      Majoriti rakyat mungkin telah sedar dan mungkin
telah terfikir, kalau BA menang, pasti banyak isu dan
laporan salah-laku orang2 tertentu dapat didedahkan.
Seperti apa yang berlaku di Indonesia dan Filipina.
Kita mungkin tidak terfikir, Suharto sekejam itu
ataupun Marcos sezalim itu. Semasa zaman keagungan
Suharto atau Marcos, mereka dipuja. Mereka boleh buat
apa saja. Bualat kata mereka, bulatlah yang diterima.
Tetapi, selepas dijatuhkan, semua terbongkar.
      Majoriti rakyat mahu melihat ini. Biarlah semua
isu yang didedahkan sebelum ini, semua drama atau
sandiwara lakonan yang dilakonkan sebelum ini dapat
didedahkan. Sekurang2nya, sebelum kita mati nanti,
kita sempat bertaubat untuk menyesali sokongan kita
sebelum terhadap sesuatu yang zalim dan kejam. Biarlah
majoriti rakyat Malaysia dapat bertaubat dan menyesal
atas pendirian mereka sebelum ini selepas BA dapat
membongkar segala isu yang cuba diselindungkan.
      Kalau sekadar seorang bekas Pengarah BPR yang
amat dihormati dulu dapat membongkar satu isu yang
banyak pihak hanya dapat "DIAM SERIBU BAHASA", inikan
pula bila BA berkuasa. Barulah kita kenal siapa itu
intan, kaca, berkian, aluminium, atau inert gas.
      2004 makin hampir, perjuangan kami makin kental.
Bahawasanya, kami reformist muda tetap setia. Kami
yang tergolong golongan professional muda dari lulusan
luar negara ataupun dalam negara akan menjayalkan
realisasi pentadbiran negara yang cemerlang dibawah
kepimpinan ulama dan professional yang bersifat adil.
Biarlah kami mengotakan janji2 kami sewaktu kem bina
semangat sebelum ke luar negara dahulu...."Kalau jadi
engineer...jadilah engineer Islam....kalau jadi
menteri...jadilah menteri Islam.......cukup
waktu....berhentilah untuk sembahyang." Jangan cakap
sembahyang itu tidak penting.....itulah tiang agama.
Kalau tak berpuasa, susah nak nampak puasanya...kalau
tak bayar zakat susah nak nampak zakatnya.....tetapi
kalau tak sembahyang cukup senang nak nampak....
      Kalau perhimpunan disiarkan keseluruh
negara....dalam TV pulak tu.....sebelum Asar dah start
berucap.....masuk Maghrib masih belum stop...masa bila
sembahnyang. Nak kata musafir 2 marhalah....duduk kat
Lembah Kelang.....perhimpunan kat Lembah
Kelang....lainlah kalau perwakilan dari luar lembah
kelang yang naik k/terbang lebih 2 marhalah. Kalau
begitu susahlah nak kata professional Islam yang
dicanang2kan oleh ustaz2 semasa kem bina semangat
dulu.
      Tunggulah 2004, professional Islam sebenar akan
membuktikannya.
 
Reformasi tetap membara,
 
Reformist Muda,
Fatamorgana 2000
Ex-New Yorker