MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN SATU TAHUN PAS MEMERINTAH
TERENGGANU

KENYATAAN AKHBAR




23hb. Okt.2000. PAS Kawasan Bandar Tun Razak akan menganjurkan
Sambutan Satu Tahun PAS Memerintah Negeri Terengganu. Menurut
Pengarah sambutan Saudara Shukor Aziz merangkap Naib Yang Di
Pertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak, sambutan tersebut akan
berlangsung pada 15hb. November 2000, jam 8.00 hingga 11.30
malam bertempat Hotel Nikko , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang
Amat Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang selaku
Menteri Besar Terengganu yang menjadi tetamu khas dalam program
tersebut.


Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat
perubahan dan perkembangan serta cabaran yang di lalui sepanjang
tempuh satu tahun PAS memerintah Terengganu. Beberapa program
yang menarik akan diatur dalam sambutan tersebut di antaranya
makan malam bersama pimpinan, persembahan nasyid, slot tayangan
perubahan satu tahun dan dialog bersama YAB Tuan Guru. Dalam
kesempatan tersebut PAS Kawasan Bandar Tun Razak juga akan
melancarkan Laman Web Rasmi PAS Kawasan Bandar Tun Razak..


Urusetia menjangkakan sambutan ini akan mendapat sambutan yang
meriah dalam tempat yang terhad. Kami megalu-alukan semua warga
kota semua golongan dan peringkat. Sambutan tersebut terbuka
kepada semua golongan yang berada disekitar lembah Kelang.


Kepada mereka yang ingin menyertai sambutan tersebut tempahan
kupon makan malam RM100.00 sila hubungi pihak urusetia saudara
Zulkifli Ahamd  Tel.No. 03-91002360 Fax. No. 03-91002362 & H/P
No. 019-2226181 atau E-Mail fizul@tm.net.my dan saudara Shukor
Aziz H/P No. 012-6598554 atau E-mail shukoraziz@hotmail.com.