MASIHKAH PKN DAN ISU REFORMASI "ALL MALAYS AFFAIR"

 

Setakat ini dari penilaian kemasukan anggota baru PAS serta pemulaan pengambilan baru PKN nyata pergolakkan politik negara ini adalah "all malays affair". Setakat ini tiada berita berita gempar peralihan dari MCA dan MIC ke parti alternatif. PKN masih tidak dilihat menukar wadah perjuangan dari MCA dan MIC ke DAP , PKN dan PRM. Pergolakkan politik ini khusus pada Melayu dan masyarakat Cina,India dan bangsa bangsa lain seolah olah membisu dengan kemelut politik sekarang ini.Perkara ini merupakan satu isu kuat bagi parti pemerintah untuk terus mendapat sokongan khusus dari MCA & MIC dan berterusan memerintah Malaysia dengan sikap membelakangkan demokrasi dalam ertikata sebenar.