KEMASUKAN AHLI BARU KE PAS MULA BERKURANGAN DENGAN ADANYA PKN

 

Benarkah rekod bulanan kemasukan ahli baru menyertai PAS berkurangan semenjak PKN ditubuhkan? Apakah juga benar bahawa ahli ahli PAS yang baru menyertai PAS telah berpindah kepada PKN. Apakah kesan menyeluruh keatas populariti PAS. Persoalan persoalan ini menjadi bahan bualan ramai penganalisa politik dan menjadi isu BN untuk memecah belahkan perhubungan antara PAS dan PKN. Memang PKN merupakan satu parti baru dan PKN ini didokong oleh Dr Wan Azizah dan Sdr Anwar Ibrahim. Dengan sokongan Anwar Ibrahim maka pendokong reformasi akan turut menyertai parti ini.

Walau apa pun populariti antara PAS dan PKN adalah tidak penting. Yang penting adalah usaha mereka untuk menjadi kerajaan alternatif menentang kezaliman.