CUMA PEMIMPIN PAS YANG TERIMA PKN. PENYOKONG PAS BERBELAH BAGI.

 

Melihat forum GERAK-NET ramai pendokong kuat PAS masih tidak menerima penubuhan PKN. Ada yang menyebut PKN sebagai pemecah undi dan ada yang melebelkan PKN sebagai Semangat 46.Perlu dimaklumkan bahawa PKN tidak sama dengan Semangat 46. Semangat 46 adalah serpihan UMNO yang gagal dalam usaha menolak kepimpinan Dr Mahathir. PKN adalah mereka yang diinaya dan ditindas oleh kepimpinan Dr Mahathir dalam usaha Sdr Anwar Ibrahim membawa keadilan dalam pemerintah dan dalam UMNO. PKN berusaha menolak sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh anggota konspirasi dalam UMNO keatas Sdr Anwar Ibrahim khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhan. Ingat Sdr Anwar Ibrahim pernah berkata " Kalau Keadilan tidak diperolehi oleh orang No2 dalam Malaysia apatah lagi rakyat Malaysia yang disepak dan diinjak ketepi oleh pemimpin UMNO. PKN tingkatkan usaha memberi penerangan. Ahli jawatankuasa juga perlu bertindak juga. Jangan harapkan Dr Wan Azizah sahaja.