PRM KECEWA PENUBUHAN PKN

 

Dilapurkan bahawa PRM atau Parti Rakyat Malaysia kecewa dengan penubuhan PKN atau Parti Keadilan Nasional. Benarkah perkara ini? Laman Web Reformasi Nasional telah memaklumkan bahawa terdapat pemimpin kanan PRM yang telah menyertai PKN. Adakah ini mengecewakan PRM yang dahulunya diura urakan sebagai landasan bagi Sdr Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah bagi mencabar Barisan Nasional. Benarkah Dr Syed Husin pernah berusaha untuk membuka PRM kepada Wan Azizah bagi memulakan karier politik reformasi? Sekiranya PRM kecewa kenapa kita masih melihat presiden PRM masih lagi bersama sama Wan Azizah dalam ceramah politik. PRM tidak kecewa. PRM mahu semua barisan pembangkang bertindak sebagai kerajaan alternatif dan perpaduan adalah penting.

Dr Syed Husin pernah berpesan pangkah tidak kira PAS,DAP,PRM atau sekarang PKN asalkan jangan pangkah Barisan Nasional demi keadilan.