BICARA PARTI keADILan NASIONAL

 

PKN PECAH KEUTUHAN PAS

 

Kehadiran PKN telah diselar oleh sesetengah pihak sebagai pemecah keutuhan PAS bagi mengetuai Barisan Pembangkang sebagai kerajaan alternatif. PAS diura urakan sebagai tunggak dalam kerajaan alternatif sehingga kewujudan Parti Keadilan Nasional. Apakah ini benar? Apakah pemimpin PAS benar benar redha atas kewujudan PKN. Pemimpin PAS secara terbuka melafazkan sokongan kepada penubuhan PKN sungguhpun Tn hj Nik Aziz menolak idea penubuhan sebarang parti baru sebelum ini. Begitu juga pemimpin kanan PAS yang sebelum ini menolak idea penubuhan parti baru. Walau apa pun setakat ini diberitakan bahawa pemimpin PAS menerima PKN dan sedia berganding bahu untuk memulakan kerajaan alternatif.

 

SYABAS PAS DAN PKN