15 GEJALA SOSIAL MELAYU….???

Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000) , Rektor Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, Prof Dr Kamal Hassan telah menyenaraikan 15 gejala sosial masyarakat Melayu kini, iaitu lima di kalangan Melayu elit manakala bakinya belia dan orang awam.

 

1.      Melayu elit mengamalkan liberal-sekular sehingga hukum Islam sanggup “diketepikan”        ( membolehkan riba, judi, arak dan hiburan awam ) kerana mengutamakan kebendaan.

      a.       Perkara 1 ini memang berada dalam golongan Melayu elit atau biasa dalam kelompok UMNO@BN serta juak-juaknya.

b.      Golongan ini adalah pendokong utama UMNO@BN dalam memastikan mereka bebas dan selamat melakukan apa sehaja.

c.       UMNO@BN amat menyukai golongan Melayu yang jenis ini, kerana mereka yang mengutamakan kebendaan amat mudah dilentur mengikut acuan UMNO@BN .

d.      Mahathir@Mahafiraun adalah orang pertama menyokong pendapat Prof Dr Kamal Hassan ini….tanpa golongan Melayu elit dan biasa yang berperangai begini…manakan dia mampu untuk bertahan lama ditahta singah sana Perdana Menteri@Maharaja  Malaysia.

e.       Dengan meningkatnya golongan jenis ini……Mahathir@Mahafiraun dengan rasa selesa serta bangga…bangsa Melayu akan dipergunakan sepenuhnya untuk menyelamatkan serta melindungi dirinya serta kroni-kroni kesayangan.

f.        Liberal-sekular adalah asas utama UMNO@BN serta gaya kepimpinan Mahathir@Mahafiraun, jika ia dipisahkan maka pincanglah pentas politik mereka.

 

2.      Gaya hidup menunjuk dan berlagak dengan barangan import dan mewah.

 

a.       Golongan Melayu jenis ini memang menjadi pra-syarat utama sebagai ahli UMNO@BN , dengan sikap sebegini Mahathir@Mahafiraun boleh mengaku orang Melayu telah menjadi kaya dan mewah semasa pentadbiranya.

b.      Tanpa golongan ini dalam kelompok Melayu elit / biasa …… Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN  tidak mampu untuk menunjukkan contoh serta angan-angan kosong bagi penjilat dan pengampu UMNO@BN.

c.       Tanpa golongan menunjuk dan bermegah ini…UMNO@BN tidak mampu untuk menjalankan cita-citanya meracuni minda dan sikap orang Melayu agar terus mencari kemewahan walaupun terpaksa berhutang atau bergadai harta dan maruah.

d.      Dengan adanya golongan Melayu elit / biasa jenis ini…… Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya akan dapat menanamkan sikap serta jiwa kebendaan kepada golongan Melayu kelas pertengahan dan rendah …. Secara totalnya berjiwa penjajah …. Kerana memiliki barangan import adalah satu budaya hidup orang Melayu serta kerajaan pimpinan UMNO@BN.

 

3.      Sindrom politik wang.

 

a.       Politik wang secara rasmi telah diakui oleh UMNO@BN serta kompenan BN sebagai satu cara hidup berpolitik mereka.

b.      Politik wang adalah pra-syarat mengejar pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN.

c.       Tanpa politik wang UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun tidak mampu untuk berkuasa dan memerintah negara.

d.      Tanpa politik wang ini ….. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun  ibarat lagu tanpa irama serta hidup tanpa makan dan minum.

 

4.      Sindrom kelemahan moral (rasuah, penipuan, nepotisme dan kronisme)

 

a.       Tanpa sindrom kelemahan moral ini …. UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun tidak akan mampu menguasai minda dan jiwa orang Melayu.

b.      Dengan adanya sindrom kelemahan moral ini ….. ia memang diamalkan dan digalakkan dalam UMNO@BN serta kehidupan harian orang Melayu …. Mahathir@Mahafiraun dengan mudah mengalunkan jiwa serta perasaan rakyat Malaysia.

c.       Gejala ini memang dipertahankan dalam budaya hidup orang Melayu …. Terutamanya yang berpegang kuat dengan ajaran serta mazhab UMNO@BN yang dipimpin oleh ketua mazhab Maharaja Mahathir@Mahafiraun.

d.      Dengab bermazhabkan rasuah, kronisme dan nepotisme …. para juak-juak UMNO@BN akan mendapat hidup selesa serta bergembira dengan meliwat serta menghapuskan hak ketuanan Melayu itu sendiri.

 

5.      Amalan tuan-hamba, petron-klien (kepatuhan natijahnya lumayan, penentang dianggap penderhaka dan buruk padahnya).

 

a.       Budaya dan cara hidup ini memang akan dipertahankan walaupun terpaksa bergadai nyawa oleh pendokong UMNO@BN serta pencinta Mahathir@Mahafiraun , kerana tanpa amalan tuan-hamba ini ….. mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri serta bergerak sebebas-bebasnya.

b.      Tanpa amalan ini, UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun akan pincang serta rebah menyembah bumi tanpa nesan.

c.       Golongan dan pengamal perkara lima ini …. adalah golongan utama diberi pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN atau dimana-mana agensi kerajaan atau swasta.

d.      Golongan penentang (PAS/KeADILan/DAP/PRM) sememangnya telah lama dicop serta dilebelkan penderhaka serta agen asing …. lihat DSAI menerima padah yang buruk kerana menentang kehendak Mahathir@Mahafiraun serta kroninya. Golongan penentang ini selamanya akan dianggap penderhaka oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun walaupun mereka telah tidak berkuasa …. dan usaha untuk mengubal undang-undang begitu rancak dijalankan sekarang …. agar golongan penderhaka ini cepat-cepat dimatikan walau apa cara sekali pun.

 

6.      Gejala lepak, ketagihan dadah, seks rambang dan kenakalan remaja.)

 

a.       Pengasas gejala ini memang secara rasminya adalah UMNO@BN serta pendokong mazhab Mahathir@Mahafiraun , tanpa golongan Melayu yang menyokong serta mengamal gejala sosial ini …. UMNO@BN serta pengasasnya Mahathir@mahafiraun tidak mampu untuk memerintah serta menguasai jiwa dan minda orang Melayu.

b.      Gejala sosial ini adalah penyumbang utama sebagai pelindung kuasa yang dimiliki oleh UMNO@BN …. Kerana jika orang Melayu tidak mengamalkan budaya sosial jenis ini …. Dan mengamalkan budaya Islam yang bercirikan Melayu tulen ….. maka pincang dan rebahlah UMNO@BN (Baru) kemuka bumi ini tanpa dipedulikan oleh sesiapapun.

c.       Tanpa gejala sosial ini …. Orang Melayu akan mengamalkan hidup yang sihat serta bijak berfirkir dimanakah yang benar atau salah …. Inilah yang amat menakutkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya ….. maka adalah digalakkan orang Melayu menceburi bidang gejala sosial ini sebagai satu budaya hidup dan tanpa perlu memikirkan apa yang Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya nak lakukan terhadap Malaysia ini.

 

7.      Sindrom mediokriti (sikap tidak apa, rendah daya saing dan daya tahan).

 

a.       Sindrom ini memang paling disukai oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya, dan sindrom ini telah dijadikan syarat dalam menjadi ahli UMNO@BN serta kakitangan kerajaan …. Tanpa sindrom ini ia akan menyusahkan dan meresahkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya untuk merampas serta merompak khazanah negara.

b.      Sindrom makin hari makin dijangkitkan kepada lain-lain bangsa selain orang Melayu …. Sikap tidak apa … benar-benar memberikan bonus kepada Mahathir@Mahafiruan …. Kita lihat pada kes DSAI dan pemilu 1999 …. Walaupun rakyat dan bangsa Melayu dua perkara ini benar-benar konspirasi peringkat tertinggi … tetapi kerana sikap tidak apa lebih 50% rakyat dan bangsa Malaysia ….. Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya masih mampu berkuasa dan berpesta sakan dengan khazanah negara.

c.       Dengan sikap rendah daya saing dan daya tahan … Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya terus menerus menekan jiwa dan minda rakyat agar merasa lemah dan takut kepada mereka … sehingga mereka sanggup mengarahkan orang Melayu bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun yang mengaku memberi rezeki kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.

d.      Dengan sindrom ini berpusat dalam jiwa orang Melayu … segala peluang perniagaan dan kekuasaan akan sentiasa dimiliki oleh satu golongan dikalangan mereka sehaja …. Terutamanya yang telah mantap bersama-sama Mahathir@Mahafiraun.

e.       Jika orang Melayu digalakkan mempunyai sikap ambil tahun, berdaya saing dan ketahanan jiwa serta minda amat kuat ….. secara totalnya kroni, juak-juak, penjilat serta Maharaja mereka Mahathir@Mahafiraun telah lama berada dalam penjara Sungai Buluh …. Jadi supaya igauan buruk ini berlaku kepada mereka … sindrom ini akan disebarkan seluas-luasnya sehingga anak dalam kandungan pun mahu dijangkiti sama.

 

8.      Sindrom bergantung kepada biasiswa, subsisdi, bantuan, pinjaman, pemberian kontrak.

 

a.       Sindrom ini memang sejak dari dahulu lagi digalakkan dan diamalkan oleh UMNO@BN serta juak-juak mereka. Dengan sikap suka bergantung inilah …. Orang Melayu amat mudah dicucuk hidung oleh mereka, walaupun harta dan maruah dirampas dihadapan mata.

b.      Jika sindrom ini tidak disebarkan sejak dahulu lagi …. Masakan UMNO@BN mampu nak mengawal orang Melayu …. Kita lihat berapa ramai orang Melayu sehingga hari ini masih mengatakan Parti KAPAL LAYAR adalah kerajaan Malaysia…. Sedangkan zaman dan masa telah berubah … sehingga anak-anak Melayu zaman 1970an hingga 1990an adalah penganut utama mazhab dadah, arak, judi, seks bebas dan berbagai-bagai maksiat, jadi subsidi, biasiswa, bantuan yang disalurkan adalah bertujuan untuk mengawal dan mengekang minda dan jiwa orang Melayu ….. di atas nama hak bumiputra dan ketuanan Melayu.

c.       Sindrom ini memang digunakan sepenuhnya oleh UMNO@BN untuk mengrekrut kader-kader untuk menjadi pemimpin atau wakil dalam golongan masyarakat Melayu.

d.      Sindrom inilah yang menjadi satu agenda utama UMNO@BN dalam mengekalkan kuasa mereka, kerana orang Melayu lemah jika dijanjikan serta diberi habuan atau bantuan.

 

9.      Ketakutan kepada matematik-sains.

 

a.       Sistem pendidikan ini memang dari dahulu … meletakkan orang Melayu menjadi takut kepada Matematik-Sains serta sebagai satu mata pelajaran yang dibenci  …. Hanya satu tujuan , jika ramai orang Melayu biasa atau pertengahan bijak dalam bidang ini …. Maka anak-anak kroni serta golongan elit terhad peluang mereka … terutamanya jawatan dalam agensi kerajaan. Dan kita boleh melihat…dengan kekurangan orang Melayu dalam bidang matematik-sains ini ….. mereka-mereka yang menjadi kroni UMNO@BN serta pengikut Mahathir@Mahfiraun dengan mudah dan senang memfaraitkan khazah serta milik rakyat Malaysia.

b.      Contoh yang terbaharu …. Seorang anak Melayu yang dari golongan rendah telah berjaya melahir satu kejayaan yang cemerlang bagi bangsa Melayu itu sendiri ….. tak lain dan tak bukan Tan Sri Ahmad Tajuddin ( bekas CEO TNB ) …. Pemegang Ijazah Kelas Pertama Nuklear dan satu-satunya pemegang ijazah kelas pertama bidang nuklear dinegara ini …. Sanggup di perlekeh dan disingkirkan dari TNB … asalkan puak-puak dan kroni memiliki kesemuanya ….. apakah Tan Sri Ahmad Tajuddin itu penderhaka kepada negara kerana membawa perubahan serta kemajuan dalam bidang sumber tenaga …..??? Atau kerana ia anak Melayu yang golongan rendah / biasa tidak layak duduk sebaris dengan anak melayu dari golongan elit atau golongan raja…..??? itulah sikap orang Melayu … yang telah meletakkan darjat dan kuasa sebagai asas utama dalam kehidupan mereka.

c.       Kita lihat disekolah-sekolah pendalaman serta pinggir Bandar ….. ??? guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini akan diambil dari mereka yang sekadar menjadikan karier guru sebagai tempat makan gaji sehaja (***maaf dari penulis bukan semua guru begitu…ramai yang ikhlas dan pendokong reformasi???) ….bukan dari kalangan mereka yang ikhlas serta dilatih khusus dalam matapelajaran ini …..dan hasilnya orang Melayu mundur dan takut akan matematik-sains.

 

10.  Kecenderungan untung segera.

 

a.       Golongan ini memang dilatih oleh UMNO@BN , kerana golongan ini adalah penyumbang utama kewangan mereka …. Dan golongan ini juga …. Jika tiada UMNO@BN mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan segera ….. kita lihat DEB ….. berapa kerat orang Melayu yang menjadi Jutawan dan bakinya orang Melayu yang merepat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ….??? Dan perkara ini memang dibanggakan oleh Presiden UMNO@BN , dengan melahirkan segelintir golongan untung segera ini ….. dia mampu mengawal kuasa ekonomi orang Melayu …. Tapi jika ramai yang menjadi kaya …. Maka susah baginya untuk mengawal dan memantau kuasa politik mereka.

b.      Dengan meng Ali-Baba kan projek ….. UMNO@BN begitu mudah mengawal golongan ini, kerana hasil Sidrom bergantung kepada pemberian kontrak yang disebarkan ….. dan golongan ini akan sentiasa menjadi peminta dan perayu kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahfiraun dan akan besyukur serta menzakatkan harta dan maruah mereka kepada kroni dan juak-juak UMNO@BN.

c.       Jika golongan ini tidak dapat dikekalkan dalam budaya orang Melayu… yang pastinya UMNO@BN akan berkubur tanpa alamat.

 

11.  Nilai rendah terhadap masa.

 

a.       Golongan ini memang dilalaikan tentang masa, jika ia sentiasa lalai ….. maka golongan Melayu jenis ini amat disukai oleh UMNO@BN…. Yang pentingnya mereka ini sentiasa ketinggalan serta tidak mampu bersaing dalam apa jua bidang.

b.      Golongan ini juga memang dilatih oleh UMNO@BN , kita boleh melihat bagai mana masa ini dibazirkan oleh mereka-mereka ini dangan program anjuran UMNO@BN. Contohnya :-

1.      Kelab Malam, Kelab Karaoke, Kelab Dangdut, Pesta demi Pesta Keraian.

2.      Cyber Café, Video Game, Snooker.

3.      Siaran TV (paling ramai penonton Melayu …. Filem Hindustan 20 siaran satu minggu).

4.      Aktiviti merapu dalam agensi kerajaan ….???

c.       Masa ini hanya dinilai sebagai penanda waktu sehaja …. Dan minda orang Melayu memang dari dahulu lagi, diasah dan dipasak untuk melalaikan masa melalui khayalan dan cerita-cerita dongeng serta kenikmatan hidup melalui kehidupan harian mahupun dialam persekolahan lagi.

 

12.  Orientasi akhirat / amalan kerohanian keterlaluan dan secara taksub.

 

a.       Mengamalkan budaya amalan akhirat / kerohania dengan sikap taksub kepada pengasasnya Walaupun pengasasnya menyeleweng dari Al-Quran dan al-hadis.

b.      Sikap ini memang digalakkan oleh UMNO@BN …. Kerana golongan Melayu jenis tidak akan memperdulikan kehidupan didunia ini …. Dan inilah yang diharapkan oleh UMNO@BN , dengan mudah mereka memiliki hak kenikmatan didunia ini serta dikongsi bersama-sama kroni dan juak-juaknya.

c.       UMNO@BN amat menyokong serta melindungi puak-puak taksub ini….. dan puak-puak taksub ini akan dijadikan orang suruhan dan hamba bagi UMNO@BN , biar golongan ini berusaha dan berkerja …. Dan puak-puak UMNO@BN akan mengambil laba keduniaan menjadi milik mutlak mereka.

d.      Jika golongan ini bangkit atau menentang …. Mereka ini akan dikatakan telah rosak aqidah serta perlu dipulihkan oleh pihak JAKIM.

 

13.  Kepercayaan kepada tahyul.

 

a.       Minda orang Melayu memang diasah serta dipasak dengan perkara ini … agar menjadi satu golongan yang yakin ada kuasa selain Allah. s.w.t …… melalui cerita dongeng ataupun kuasa politik.

b.      Kepercayaan ini memang menjadi amalan utama UMNO@BN , dengan kuasa tahyul ini lah telah ramai Melayu menjadi hamba abdi UMNO@BN,,,dahulu kini dan selamanya.

c.       Tahyul ini juga dijadikan asas politik UMNO@BN , tanpa perkara tahyul ini…masakan mampu Mahathir@Mahafiraun menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia ibarat sekumpulan lembu yang dicucuk hidung.

 

14.  Belas, gejala fitnah dan umpatan (melalui surat layang, rencana, buku, akhbar, khabar angin) serta mengelak perdebatan terbuka / telus.

 

a.       Belas, fitnah ini memang menjadi asas utama perlembagaan UMNO@BN , tanpa dua perakara ini UMNO@BN pasti telah lama berkubur dari bumi Malaysia ini.

b.      DSAI telah menjadi mangsa golongan ini, kini YAB Nik Aziz, YAB Hj.Hadi, YB Hj.Fadil Nor, Datuk Ishak Baharom, Datuk Harun Din terus-menerus menjadi mangsa golongan jenis ini, kerana golongan jenis memang dilatih dan dididik oleh UMNO@BN serta Maharaja Mahathir@Mahafiraun .

c.       UMNO@BN memang dari dahulu lagi takut berhujah dan berdebat tentang hak orang Mealyu ini ….. kerana mereka berselindung disebalik slogan ini, tanpa berdebat isu ini secara telus dan terbuka ….meraka yakin mereka akan selamat dari rahsia terbongkar.

 

15.  Amalan ajaran sesat.

 

a.       Ajaran sesat ini memang digalakkan, kerana jika ramai orang Melayu menghayati dan mengamalkan ajaran Islam….maka pincanglah UMNO@BN yang berasaskan sekular.

b.      Dengan ajaran sesat yang menular dikalangan Melayu yang beragama Islam, puak-puak UMNO@BN akan bertambah selesa kerana orang Melayu secara berperingkat akan meninggalkan ajaran Islam serta mengamal budaya hidup sonsang …… dan minda golongan ini akan lebih mudah dibeli dengan harta dunia serta maruah dan hak mereka akan diperkotak-katekan mengikut acuan UMNO@BN.

c.       Para golongan ajaran sesat ini akan menjadikan UMNO@BN sebagai sandaran mereka … seperti contoh JAM (Kumpulan Anti Hadis@ Kasim Ahmad)…mereka amat berbangga dan berterima-kasih dengan Mahathir@Mahafiraun kerana menyokong serta melindungi mereka…..dan Mahathir@Mahafiraun pembenci Nabi Muhamad s.a.w.

d.      Begitu juga kumpulan Sister In Islam…..yang hanya mengambi Islam sebagai pakaian sehaja….dan bukanya timbul dari keikhlasan didalam jiwa mereka. Kumpulan-kumpulan seperti JAM & SIS ini adalah pendokong kuat UMNO@BN dan mereka ini diberi ruang seluas-luasnya bergerak melalui media atau pun seminar-seminar anjuran UMNO@BN . Dengan penerapan Islam ala JAM & SIS ini ….. UMNO@BN percaya mereka akan berjaya mencapai agenda politik alaf baru mengikut acauan dan rentak Maharaja Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.

 

 

Secara totalnya kita dapat melihat secara ringkas inti-pati yang tersirat dalam 15 gejala sosial orang Melayu pada abad ke 20 dan ke 21 ini………..??? UMNO@BN dahulu kini dan selamanya akan mempertahankan 15 gejala sosial orang Melayu ini …… demi menjamin masa hadapan politik dan kuasa mereka. Yang pastinya Prof Dr Kamal Hassan seorang cendiakawan mempunyai persepsinya sendiri dalam menimbulkan isunya…..tapi asas dan masalah pokoknya adalah seperti diatas.

 

Sebagai orang Melayu yang berbangsa Malaysia ….. dan beragama Islam ….. 15 gejala sosial ini adalah salah satu punca utama keruntuhan moral dan minda orang Melayu itu sendiri ….. walaupun dengan mata dan kepala mereka sendiri melihat segala keburukan dan kepincangan dalam negara Malaysia ini …. Mereka masih mahu mengatakan “ biarlah orang politik menyelesaikan masalah ini “ dan mereka hanya mampu berborak kosong dikedai-kedai kopi sehaja …. Dan meninggalkan masalah ini kepada pihak yang merancang dan merencana segala masalah sosial ini.

 

Dengan kelemahan minda dan daya saing yang dimiliki oeleh orang Melayu inilah …. Mahathir@Mahafiraun dengan lantang mengatakan isu ANWAR IBRAHIM hanya mampu bertahan 2 hingga 3 bulan sehaja pada September 1998 yang lalu ….. tapi Mahathir@Mahafiraun telah tersilap percaturan kini ….. kini telah 2 tahun isu tersebut gagal dibendung oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun sendiri…….??? Adakah orang Melayu telah keluar dari kelompok 15 gejala sosial ini ……??? Dan mungkin UMNO@BN telah tersilap langkah kerana meletakkan pemimpin berjiwa Islam dalam partinya …. Sehinggakan orang Melayu kini merasa jijik dan meluat mendengar atau melihat UMNO@BN serta pemimpin mereka…..??? yang pastinya walaupun gejala sosial ini masih menular dikalangan orang Melayu…..Insya Allah dengan berkat usaha bersepadu orang Melayu itu sendiri….walaupun terpaksa mengunakan orang bukan Melayu membantu menghapuskan gejala sosial ini.

Segala perancangan dan rencana orang Melayu yang benar-benar mahu keluar dari gejala sosial ini, pasti akan berjaya jua akhirnya…walaupun UMNO@BN bermati-matian mempertahankanya.

 

Bagi orang Melayu yang masih mempertahankan Islam sebagai agama rasminya….pasti berjaya keluar dan meninggalkan budaya gejala sosial ini serta cengkaman UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya, kelompok Melayu alaf baru ini amat menakutkan UMNO@BN , sehingga hari ini mereka takut menyatakan yang mereka telah dipinggirkan dan sisihkan oleh orang Melayu yang beragama Islam itu sendiri …. Dan yang tinggal adalah mereka yang suka menerima kain batik cap semut dan kain pelikat cap gajah.

 

Wajah usang dan murung  UMNO@BN bertambah jelas apabila Kabinet Terpaksa Meluluskan untuk mengharamkan pusat Video Haram atau judi haram … walau  bangsa Cina menjadi pemangkin kepada isu ini …. Tahniah kepada Datuk Ong Ka Ting kerana menolong orang Melayu, begitu juga kepada MCA kerana berjaya memangkin isu pil khayal….. walau pun orang Melayu yang dikatakan didokong oleh UMNO@BN mempertahankan hak ketuanan Melayu ……????

 

Apakah bangsa Cina lebih perihatin keatas masalah sosial orang Melayu ini …..??? Apabila kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan membatalkan atau mengurangkan lesen kedai arak serta pusat snooker ini …. Dikatakan menghalang hak asasi bangsa lain yang tidak beragama Islam……?? Apakah salah tindakkan orang Melayu dalam PAS itu menentang segala kepincangan gejala sosial orang Melayu dan rakyat Malaysia ini…… sehingga mereka dilabelkan sebagai penderhaka dan ekstrim politik…..????

 

Apakah UMNO@BN masih mahu mengatakan aurat itu satu perkara remeh-temeh dalam Islam, dan hukum Islam itu bebas diperlakukan mengikut rentak hak asasi manusia ciptaan manusia….??? Atau hak asasi manusia itu wajip mengikut kehendak hukum Al-quran dan Hadis Nabi.

 

Adakah kumpulan 25 ulamak UMNO@BN serta JAKIM….benar-benar faham akan kehendak Al-Quran dan Hadis Nabi …. Dalam menjadikan Islam itu satu cara hidup dan meninggalkan segala perbuatan jahilliah dari kehidupan rakyat dan bangsa Malaysia.

 

Adakah UMNO@BN masih mahu mempertahankan 15 gejala sosial ini dalam masyarakat Melayu…..??? dan terus-terusan menjadi perencana dan pengamal kepada rakyat dan bangsa Malaysia agar bersama-sama mereka bermegah-megah dan berkhayal setiap masa…..???

 

Apakah UMNO@BN tidak merasa malu dan rendah diri dengan MCA dan GERAKAN yang menolak perkara buruk ini….seperti judi, arak, pelacuran, video haram ….. walaupun mereka tidak menganuti agama Islam…..??? apakah UMNO@BN masih mahu mendabik dada lagi …… yang sepatutnya UMNO@BN merasa malu dan hina bila Datuk Ong Ka Ting berjaya menjadi pemangkin dalam isu Video Haram begitu juga MCA dalam isu pil khayal……???

 

Bagi orang-oang Melayu yang beragama Islam ….. telah pasti dan yakin UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …..wajip disingkirkan dan dihapuskan dari persada politik negara …. Kerana dengan kuasa politik ini masih berada ditangan-tangan mereka  ….. 15 gejala sosial ini adalah mustahil berjaya diatasi …….???? Bak pepatah Melayu moden “ Tak kan hilang gejala Sosial selagi ada UMNO@BN memerintah negara Malaysia ini “

 

Buat anak-anak bangsa Melayu….???? Kita wajip kembali kepada pesanan orang tua-tua ….. orang melayu orang berbudi-bahasa dan Islam adalah asas kehidupan ….. tiada satu pun cara dan budaya dalam hidup ini mampu menandingi budaya Islam dan Melayu ….. berbanggalah kita menjadi bangsa Melayu yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis.

 

Salam Reformasi dan Islah kearah Malaysia Yang Adi.

 

 “ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN 

18hb.Okt.2000

 

 

 

 

Nota :-

 

KHAS BUAT ADIK-ADIK DAN BANGSA MALAYSIA SELURUHNYA

 

Kita wajib merenung kebelakang dan hadapan kita … arah mana tujuan kita sebagai ORANG MELAYU ISLAM …. Jalan mana yang nak kita pilih…???? Adakah dengan dasar dan sistem kerajaan Barisan Nasional hari ini kita mampu merealisasikan ISLAM ITU SATU CARA HIDUP atau ISLAM ITU HANYA PERHIASAN DIRI …??? Apakah ketuanan Melayu sehaja nak kita pertahankan atau ISLAM ITU SEBAGAI AD-DIN kepada MASYARAKAT MADANI DI MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA.

 

Kita singkap kembali apa yang berlaku dalam tempoh waktu terdekat ini … Isu Perpaduan Melayu dan Rayuan Pilihanraya Suqiu (ingat ini bukan tuntutan…??) apakah rahsia dan inti pati sebenarnya dua ISU ini …..???? dan apakah perananya kepada sistem politik Malaysia kini ….??? Dan apa pula implikasi kepada rakyat dan bangsa Malaysia ……???? Apakah sekadar kita bertikam lidah dan adu-domba sehaja akan menyelesaikan masalah ini ….??? Atau Operasi Lalang II menjadi jalan penyelesaianya …..???? apakah peranan pemimpin politik dan ngo dalam menangani isu ini …..???? bagi kita hanya satu jalan mudah … kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah…..laksanakan segala arahan Allah swt dan turuti segala larangan Allah swt….ia amat mudah dan cukup senang jika kita tidak memperlekeh ISLAM ITU SENDIRI.

 

Apa yang kita pertikaikan Perpaduan Melayu & Rayuan Suqiu … sedangkan agenda sebenarnya kita menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia bersatu dibawah satu kepimpinan yang berteraskan Al-Quran dan Al-Hadis yang mempertahankan Prinsip Perlembagaan Pesekutuan serta ISLAM ITU CARA HIDUP RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA … masih jauh dan tunggang-langgang akibat perbalahan POLITIK dan PERKAUMAN akibat momokan sesetangah pihak yang ingin menyelamatkan diri sendiri….apakah perbalahan POLITIK ini sekarang menjadi semakin sehat atau semakin menjadi barah buat rakyat dan bangsa Malaysia ….???? Kita lihat 2.5 juta ahli UMNO (dakwaan SU AGUNG UMNO lah) … berapa orang yang sebenarnya yang masih menjadi ahli UMNO TULEN … dan berapa orang yang menjadi AHLI SEKADAR NAMA DAN TAK PERNAH BAYAR YURAN AHLI…. Kita ambil mudah dan ilmu hisab mudah…. Tak lebih dari 200 ribu pun yang benar-benar tulen jadi Ahli UMNO ….dan bakinya 2.3 juta lagi adalah ahli pada nama dan mereka ini keluar parti pun  tanpa memaklumkan kepada SU AGUNG UMNO …. Jadi mana dia dakwaan UMNO yang orang Melayu bernaung di bawah UMNO@BN …..???

 

Kita lihat dalam parti PAS dan KeADILan orang Melayu ada lebih 1.5 juta ahli yang berdaftar dan bayar yuran dengan wang mereka sendiri …. Dan mereka ini bergerak dan bertugas tanpa elaun serta ganjaran seperti dalam UMNO@BN …..!!! kita lihat contoh yang terbaharu di LUNAS …. Mahathir@Mahafiraun dengan rasmi telah mengesahkan dalam mesyuarat bulanan UMNO@BN di PWTC …. Ada 100,000 sehingga 130,000 orang penyokong BA di LUNAS setiap hari … cuba kita bayangkan kalau BA beri setiap orang ini RM 1.00, jadi akan berbelanja RM 100,000.00 hingga RM 130,000.00 setiap hari X 7 hari = lebih kurang RM 700,000.00 hingga   RM 910,000.00 dalam tempoh seminggu … dan ini telah menyalahi akta pilihanraya SPR yang hanya membenarkan RM 30,000.00 sehaja  sebagai perbelanjaan mengurus dan berkempen dalam satu-satu piliharaya DUN… tapi adakah dakwaan beberapa pemimpin BN bahawa petugas BA di LUNAS dibayar elaun dan gaji itu benar …??? Kita mahukan bukti …. Dan selama ini pun setiap ceramah BA kita kutip derma untuk gerakan jentera parti BA … tapi apabila Syed Razak ( MB Kedah) mengesahkan pada YB Saifuddin di Dewan Negeri….bahawa BN berbelanja lebih RM 20 juta untuk memastikan LUNAS berada dalam gengaman BN sekali lagi … begitu juga Sammy Vellu mengesahkan sekurang-kurangya RM 15 juta untuk projek JKR di LUNAS … dan apakah PERANAN SPR DISINI … tak ke menjadi satu kesalahan kepada BN kerana berbelanja lebih dari       RM 30,000.00 seperti yang dibenarkan oleh akta piliharaya SPR….??? Kita mahukan penjelasan SPR disini.

 

Apakah UMNO@BN masih mahu menjadikan ISU PERPADUAN MELAYU DAN RAYUAN SUQIU ini sebagai sandiwara politik mereka lagi….??? Cukuplah…orang Melayu Islam dan lain-lain kaum di Malaysia telah meluat dan benci dengan sikap pura-pura serta lontar batu sorok tangan para pemimpin UMNO@BN ….saat dan ketikanya UMNO@BN serta pemimpinya berkubur telah tiba….sementara ada masa ini …. Kita seru dan rayu kepada seluruh ahli UMNO@BN tinggalkan parti usang ini ….. jangan ditunggu sehingga UMNO@BN berkubur tanpa nesan baru kalian nak tergadah. Percayalah masa itu terlalu hampir … turutilah rakan-rakan yang terdahulu yang telah mengambil langkah bijak meninggalkan UMNO@BN … kalau tak percaya kita tanya tokoh PENULIS CYBER … PAK AMIN SAPIRO DAN PAK MARHAIN TUA…dua orang ini sudah cukup memberikan fakta dan bukti kenapa UMNO@BN tidak releven buat orang Melayu … tak payah tanya DSAI atau Fadil Nor … jawapanya pun sama… UMNO@BN adalah pemusnah serta perosak Bangsa dan Rakyat Malaysia ….!!!!

 

Apakah kita masih mahu menjadikan asas bangsa dan perkauman dalam sistem serta dasar pemerintahan di Malaysia….apakah perkauman dan suku bangsa ini satu kemestian dalam kasta politik negara kita…???? Apakah dengan sistem kasta ini kita mampu bersatu dan bernaung di bawah satu Perdana Menteri ….jawapanya dalah tidak dan ia akan mengundang masalah yang amat besar jika ia terus dipraktikan oleh BN serta juak-juaknya ….apakah kita sanggup melihat jiran kita orang CINA atau INDIA di bunuh serta diseksa oleh RAKAN DARI BANGSA MELAYU kerana perbezaan kasta kaum atau agama ….???? Tapi inilah yang masih dikekalkan oleh pihak UMNO@BN bersama juak-juaknya….!!! Kita lihat taktik pecah dan perintah atas dasar suku kaum dan agama diamalkan secara rakus oleh mereka…!!! Dasar perkauman dan suku agama ini telah menjadikan mereka mampu berkuasa lebih 30 tahun di Malaysia …. Tapi bila Kelantan dan Terengganu di pimpin oleh PAS (BA) tembelang taktik pecah dan perintah ini terbongkar akhirnya …. Dan kita lihat secara berperingkat rakyat dan bangsa Malaysia menjadi celik POLITIK …. Kalau dahulu kita tanya pada orang awam pasal politik …. Jawapanya mudah “ Biar orang Politik urusankan masalah Politik Negara “ … tapi kini orang awam bersama-sama pemimpin politik berfikir dan berbincang tentang masalah politik negara … satu anjakan paradigma yang begitu ketara…sehingga orang tua dan kanak-kanak mula ambil perihatin tentang isu politik negara.

 

Kali ini kita boleh melihat semua bangsa di Malaysia ambil tahu dan ambil kesah dengan isu POLITIK MALAYSIA …. Mereka tidak lagi menyerahkan 100% masalah politik ini kepada ahli politik sehaja…inilah dikatakan pembaharuan dan kematangan rakyat serta bangsa Malaysia untuk merealisasikan WAWASAN 2020 yang dicanangkan oleh UMNO@BN … walaupun IKD yang merancang WAWASAN 2020 ini. Politik menakut-nakutkan serta adu-domba telah lama ditinggalkan oleh rakyat dan bangsa Malaysia … apabila Kelantan berjaya ditawan oleh PAS … disinilah sebenarnya bermula sejarah baru POLITIK Malaysia….!!! Tapi UMNO@BN masih mahu menafikanya….jadi kegawatan politik mulalah berlaku …. Kalau disemak dan diteliti ….setiap patah perkataan dan lapuran yang diberikan oleh pemimpin UMNO@BN … semuanya berbau perkauman dan merancang sistem Politik Ganas direalisasikan oleh pihak BA … tapi sayang seribu kali sayang .. paluan gendang tari yang dimainkan oleh UMNO@BN tidak disambut dan disahut dengan tarian mengila dari pihak BA….dan UMNO@BN  kini ibarat gila talak yang terlolong kesana dan kesini…!!!!!

 

Jerat yang UMNO@BN pasang kini telah memakan tuan….satu persatu juak-juaknya masuk perangkap sendiri … lihat ERIC CHIA….VINCENT TAN… TAJUDDIN RAMLI….MAT TAIB… ABU HASSAN OMAR….RAFIDAH AZIZ….SABARUDDIN CHIK….MUHAMAD RAHMAT……IBRAHIM SAAD….AFIFUDDIN OMAR…..SANUSI JUNED….MEGAT JUNED…MUSTAFA MUHAMAD….YUSOF NOR….WAN MOKTAR…..IBRAHIM ALI…..dan rakan-rakan yang sewaktu denganya…semuanya gersang dan dimamah racun ciptaan UMNO@BN ….apakah yang ada pada mereka kini … ibarat bangkai bernyawa sehaja…menunggu masa dimamah waktu….!!!!

 

Wahai rakyat dan bangsa Malaysia … kembalilah kita semua kejalan yang benar … Al-Quran dan         As-Sunnah adalah panduan serta paksi utama kehidupan kita …. Tinggalkan puak-puak sekular UMNO@BN serta juak-juaknya …. Mereka tidak akan puas jika kita tidak mengikuti kehendak dan arahan mereka…itulah sikap orang YAHUDI yang dilaknati Allah swt…..jangan kerana kuasa dan pangkat kita nak mengorbankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA kepada mereka-mereka ini ……percayalah jalan yang benar dan lurus hanya berada dalam ISLAM DAN ULAMA.

 

Salam perjuangan di abad ke 21…..Allah telah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang mempertahankan Islam dan Umatnya…Insya Allah.

 

 

 

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN 

2hb.Jan.2001