BERITA BLACK 14

Komentar 8.00 pm 15/4/2000

 

Antara pukul 5.15pm -5.30pm Masjid Negara disirami air oleh “water cannon” dan jam 6.15 pm dihadapan Globe Silk Store keadaan sama berlaku. Polis bertindak agak garang dan mula menakutkan mereka dengan menghalau reformis yang hadir secara kasar. Mereka bertindak menghalang perhimpunan dari awal lagi. Kehadiran kumpulan-kumpulan kecil telah di pantau terlebih awal oleh PGA dan FRU. Ini menyebabkan kumpulan-kumpulan terpecah-pecah. Apa yang pasti ialah kerajaan takut sekiranya perhimpunan itu akan menunjukkan kekuatan kebangkitan rakyat. Semua penjuru dijaga termasuk station keretapi,LRT dan kebanyakkan jalan ditutup. Antara jalan-jalan yang ditutup adalah Dataran Merdeka, Masjid Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman dan semua jalan yang memghala kearah MN dan TAR. Masjid Negara terus lengang pada jam 7.00 pm akibat mereka di gesa balik dan dihalau.

 

Tunggu lapuran lanjut malam ini

 

Insyallah

 

Komentar