Inilah dia Panel SUHAKAM yang terdiri dari Tan Sri Anuar Zainal Abidin, Simon Sipaun dan Mehrun Siraj

Hamidah Bt Mansor memberi keterangan pada 13hb Dec 2000

Berhampiran TOL Bk Kemuning

PGA mengejar orang yang berhimpun dekat Mohamed Sabu. Anak saya (Umi Jumaina Mohamed Jan) ada disitu.

Saya nampak PGA menarik tudung anak saya sehingga tertanggal dan saya menghampiri anak saya dengan tujuan membantu.

Apabila saya sampai dan berdiri disebelah anak saya PGA berkata " Kakak ikut saya". Saya merayu pada PGA dan mengatakan bahawa anak saya bawah umur (17 tahun) tetapi tidak dipedulikan.

Saya dan anak saya dibawa ke lori dan disuruh kami naik lori "black maria". Di dalam lori ada lebih kurang 40 orang. Hanya saya dan anak saya wanita.

Umi Jumaina bt Mohamed Jan

Saya menghampiri orang ramai kerana mereka sedang mengelilingi sesuatu. Apabila saya sampai FRU tiba untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Saya di tangkap dan dipukul dengan cota serta tudung saya di cabut dan disiku jatuh.

Dalam keadaan terkejut dan pening saya bangun dan ketika itu disuruh ke Van Black Maria. Dalam perjalanan ke Black Maria kaki saya dipukul lagi.

Ayah saya yang berada disitu turut memberitahu bahawa saya berumur 17 tahun dan akan menghadapi peperiksaan SPM.

Mereka tidak peduli dan terus menangkap saya.

 

Komentar