KOMENTAR

 

 

8.50pm 5 Nov 2000

 

SUMBER TIDAK RESMI MENGATAKAN HAMPIR 100 ORANG DI TAHAN SEMASA PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

 

Maklumat belum di sahkan lagi mengatakan angka tangkapan atau penahanan polis hampir menjejaki 100 orang. Wakil Komentar sedang berusaha untuk mendapatkan nama-nama mereka yang di tahan. Turut dimaklumkan bahawa kekejaman FRU/PGA dan POLIS juga dilapurkan. Pemukulan setelah ditangkap masih berlaku dan yang paling nyata hampir 300 orang yang berada di jejantas TOL KEMUNING nampak bagaiman 5 orang anggota PGA membelasah 1 orang rakyat walaupun rakyat tersebut sudah ditangkap.

 

Kekejaman ini berlarutan seolah-olah mereka tidak langsung mempunyai nilai kemanusian. Mereka bukan penjenayah dan tidak sekalipun REFORMASI bertindak ganas pada POLI /FRU dan PGA.

 

Komentar di maklumkan bahawa senarai nama mereka yang ditahan akan dapat diketahui pada sekitar jam 11.00 malan nanti. Sila layari Komentar untuk keterangan lanjut.

 

Komentar