Kempen pemilihan Umno bahagian:

ADUN Beranang acu pistol kepada penduduk Hulu Langat HULU LANGAT—Pertembungan dalam pemilihan Umno bahagian Hulu Langat menjadi semakin memuncak apabila calon yang dikatakan akan menentang Ketua Umno bahagian, dalam satu majlis kempen telah mengacukan pistol kepada seorang penduduk setempat. Penduduk berkenaan telahpun membuat laporan polis berikutan peristiwa itu. Bagaimanapun tidak dipastikan apakah beliau merupakan penyokong kuat ketua bahagian, yang juga adalah Timbalan Menteri Besar Selangor. Tinjauan rambang mendapati calon yang mengacukan pistol itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Beranang, yang giat mengatur kempen sejak awal lagi untuk menjatuhkan ketua bahagian. Peristiwa ini mendapat perhatian meluas masyarakat setempat. Kami akan mendedahkan secara lebih lanjut insiden yang menarik ini, dari masa ke semasa. Penyokong-penyokong ADUN Beranang itu dikatakan sedang sibuk mengatur perancangan untuk merayu penduduk yang diacu pistol itu untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya.